Wahai Kawan-kawan

SELAMAT MENGAMBIL MANFAAT DARI BLOG INI(^_~)

::..Hisab..::

Daisypath Vacation tickers

11 December 2010

Muncul Lagi

Khutbah Terakhir Rasulullah SAW

Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.

(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah)

Main point drpd khutbah terakhir Rasulullah saw dptlh disimpulkan bhw :

1) Jangan menyakiti sesama manusia

2) Jauhi riba

3) Berwaspada dengan godaan syaitan

4) Jagalah hak suami dan isteri

5) Dirikan rukun Islam kerana itu lebih hmpir dgn taqwa

6) Manusia sama shj, yg lebih mulia adalah yg paling bertaqwa

7) Setiap amanah akan dipertanggungjwbkan di akhirat kelak

8) Tiada Rasul selepas Nabi Muhammad saw

8) Peninggalan Rasulullah saw adalah Al-Quran dan Sunnah baginda sebagai petunjuk kpd umatnya agar tidak sesat.

Dalam banyak-banyak main point dlm khutbah Rasulullah saw, saya tertarik dengan ayat,

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil."

~Hemm..mendalam maksudnya, syaitan mungkin tak dapat nak ganggu kita dalam perkara-perkara besar, contohnya kita dapat solat, puasa, zakat..kita rasa dah menang dgn godaan syaitan tetapi hakikatnya kita riak, takbur dgn ibadah2 tersebut.


~Kita rasa kita menang dengan godaan syaitan, kerana kita memperjuangkan Islam tetapi niat kerana utk nama, utk manusia lain lihat kita hebat.

~Kita berdebat, berpidato, berdakwah pada masyarakat tetapi akhlak tidak dijaga, tidak hormat orang lain.

~Selalu ke majlis2 ilmu tetapi tidak amalkan dengan setepatnya dan sebaiknya.

Jika diikutkan mmg banyak lagi fenomena2 umat Islam sekarang yang berkaitan dengan ayat2 di atas. Saya sebenarnya mengingatkan saya sendiri kerana diri ini masih lagi kekurangan dalam semua hal. Kumohon ampun dariMu wahai Tuhanku yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

P/s - Moga azam tahun baru untuk menjadi mukmin yang bertaqwa dimakbulkan allah swt. Salam Maal Hijrah 1432H:)

10 December 2010

Kembali Menjelma

Bismillahi walhamdulillah..

Tiba2 je rasa nk tgk blog yang dah lama tak terjenguk. Kasihan melihat dirinya terkontang-kanting tanpa tuan...Maaf ye blog saya ni..Saya nak singgah sekejap je ni..Nanti saya jelma balik ye..:)

23 August 2010

JKT Siri 2

Adalah sambungannya daripada Jaulah ke Taiping, kami bertiga pun tibalah di destinasi yang dituju iaitu Taiping pada waktu dinihari yang amat segar dan nyaman. Setelah seketika menunggu, ayahanda 'Arfah datang mengambil kami.Alhamdulillah, semuanya selamat tanpa ada kerosakan di mana2.

Pada petang jumaat tersebut, kami ronda-ronda melihat bandar Taiping dan juga pergi ke tasik bandar Taiping..SubhanAllah, sungguh menyegarkan dengan pemandangan yang menghijau. Petang itu kelihatan lengang kerana baru lepas hujan. Kami pergi ke sebuah tempat di pinggir tasik yang menawarkan kenderaan atas air berbentuk 'itik', bot dan juga sampan. Kenderaan 'itik' itu hanya boleh dinaiki oleh 2 orang sahaja, sampan dalam 3-4 orang manakala bot boleh dinaiki ramai-ramai mungkin 10-12 orang yang mana sesuai untuk sebuah keluarga besar yang ingin meronda-ronda melihat keindahan suasana tasik secara beramai-ramai. Kami sangat teruja malihat 'itik' tersebut. Maklumalah, kami tidak biasa menaiki kenderaan itu lagi. Tetapi memandangkan kami bertiga, kami rasa mendayung sampan adalah yang paling sesuai untuk dinaiki. Petang itu kami hanya 'survey' sahaja kerana warna alam ketika itu sudah merah menandakan hari sudah senja. Anak dara kena balik rumah, nanti mak ayah marah!

Keesokannya, kami menziarahi rakan sekelas kami, Fina yang tinggal berhampiran dengan rumah sahabat saya. Ibu bapa beliau amat peramah sehingga kami berasa tidak kekok untuk berborak dan melawak..hehe..Alhamdulillah, kami dijemput olehnya untuk makan tengahari bersama-sama. Terima kasih fina dan family. Moga Allah membalasnya dengan kebaikan berlipat kali ganda=)

Keesokannya, oleh kerana teruja sangat nak naik 'itik', kami pun pergilah ke tasik bandar taiping. Tak dapat naik itik, naik sampan pun jadi..Dengan bayaran RM 14 jika tak silap, sampan tersebut milik kami ketika itu..Ha,siapa ye jadi pendayungnya..Jeng3..mestilah saya dan 'arfah..Sakinah jadi mandur kat belakang, jadi penunjuk 'arah'.:P..Wah, pengalaman pertama. mula-mula tu sampan tak gerak pun, ada la malu sikit. Ada ke patut mereka-mereka yang gelakkan kami. Tapi, kami tak kisah pun. Anggap lah ia sebagai ujian.hehe..At last, dapat juga sampan didayung dengan jayanya. Tak kira pula berapa round kami pusing-pusing tasik tu. Boleh master mendayung smpai lah kot.hehe.. Lepas ni, jika ada peluang kami nak berkunjung lagi ke tasik ini, insyaAllah. Sesiapa yang melancong ke Taiping, jangan lepaskan peluang merasainya sendiri.=)

Lenguh juga ya kami berdayung sampan ni. Sakinah lenguh mulut kot..Riuh dia memberi arahan.hehe..Alhamdulillah, sangat seronok. Lepas itu, aktiviti seterusnya adalah berendam di air terjun ape ye namanya,sudah lupa tetapi di area Taiping juga. Sambil2 menyelam, sambil2 makan, minum. Syok. Menikmati keindahan alam sambil menghirup udara segar hasil daripada Rahmat dan kasihnya Allah pada kita semua. Kat sini juga ada perkara yang tak boleh dilupakan terutamanya buat 'Arfah.Hemm, beliau lagi kan. takpe2, sabar je la=)

Balik tu, Sakinah cepat-cepat siapkan diri kerana bas menunggunya untuk balik ke Terengganu pada jam 6.40 petang. Bas saya pula pada keesokan harinya. Bas terus ke Besut dari Taiping tiada dijual di situ. Jadi, terpaksa saya ambil tiket ke Tanah Merah, yang mana hanya setengah jam @ 45 minit dari Besut.

Selepas bersalam-salaman dan berpelukan dengan Sakinah, tibalah masanya beliau meninggalkan kami berdua. Walaupun sebentar, tetapi kami dapat merasai keseronkannya hasil daripada ikatan ukhwah fillah ini.

Selepas menghantar Sakinah, pemandu setia kami, 'Arfah membawa saya air terjun yang berdekatan dengan rumahnya. Kali ini bukan untuk mandi tetapi untuk berbincang mengenai perancangan hidup bagi memastikan kehidupan kami sentiasa di bawah payung Ilahi. Alhamdulillah, sempat berbincang satu topik hangat sejak dari dalam kereta hingga duduk di tepi air terjun tersebut. Moga perbincangan kami mendapat restu Ilahi=)

Oklah, sampai sini sahaja entry kali ini, InsyaAllah kita berjumpa di entry yang berikutnya.

Salam Ramadhan Al mubarak.


Jaulah ke Taiping

Sebenarnya dah lama nak berkongsi dengan semua mengenai pengalaman jaulah @ kembara ke Taiping saya bersama 2 orang shbt baik saya iaitu Nur 'Arfah dan Sakinah pada bulan Julai lalu. Mungkin sekarang baru ada 'mood' untuk menulis..:P

Taiping ni tempat kelahiran shbt saya, Nur 'Arfah. Bandar yang bagi saya amat klasik dan masih mengekalkan ciri-ciri keasliannya. Seingat saya adalah beberapa kali ziarah rumahnya tetapi tak berkesempatan sgt nk tgk pemandangan bandar taiping ni. Tetapi kali ini dengan tidak terancangnya saya dan sakinah bersepakat untuk ziarah rumahnya sekaligus melawat bandar taiping yang unik ini. Selepas menguruskan beberapa urusan di UPSI, kami bertiga bertolak ke Taiping dengan menaiki kenderaan panjang (keretapi). Kami fikir alang-alang saya dan sakinah nak balik terengganu, singgap sebentar di Taiping. Bukannya apa, niat untuk merapatkan lagi ukhwah sesama shbt dan jua keluarga.

Dah lama saya tak menaiki keretapi ni..tak brapa suka sgt pun sebabnya lama perjalanannya dan juga agak tidak selesa. Itu saya la..Tapi disebabkan nak jimat 'sen' dan juga kami ingin bertolak malam, terpaksa juga menaikinya.Takpe, pengalaman..Kalau bersama sahabat, apa yang dibuat pun, terasa kemasinan, eh..kemanisannya..tak gitu cik 'arfah n cik sakinah??=)..Lepas tu, ada pulak adegan-adegan mengerikan dan melucukan sewaktu berada di atas keretapi tersebut..maaflah tidak boleh berkongsi di sini..hanya kami shj yang tahu ceritanya..hehe..memang tidak dapat dilupakan..nak2 lagi kepada cik ' Arfah kita :P

Alahai..tak masuk lagi bab p jalan2, rasa macam dah penuh satu page je ni..takpelah, saya nak cerita pada episod seterusnya lah...tunggu.

Wassalam.

p/s - Gambar kena mintak ngn cik Arfah..pendrive diserang makhluk perosak..huu




22 August 2010

Alhamdulillah =)

Assalamu'alaikum wbt semua...

Hai, dah lama blog ni ditinggalkan semenjak sibuk dengan kegiatan harian sewaktu praktikum hari itu, ditambah pula dengan ketiadaan isu untuk menulis, makanya blog ini dipenuhi dengan sarang lelabah yg menyebabkan penulis blog ini sudah tidak mengingati paswordnya..huu..

2,3 minggu jugak la godek2 laptop ni, nak mengingatkan paswordnya tapi mmg tak ingt..bnyk makan semut ke ape ni..hehe..

Tapi alhamdulillah, di bulan yang mulia lagi berkat ini ya'ni bulan Ramadhan almubarak, saya cuba punya cuba ingat..tak ingt juga..terpaksa buat account recovery..buat pasword baru..dan alhamdulillah, syukur pada Ilahi, blog ini dpt dibuka dengan jayanya...thanx to Allah :P

Terima kasih tidak terhingga juga pada adik sarah yang mendesakku untuk update blog ini..geram juga tgk blog nya yang semakin meriah..jeles kot..hehe

ok kwn2 semua yang telah menziarahi blog yang tak berupa blog sgt ni..jazakALLAHu khairan katsira..ok, insyaAllah kita bertemu di lain entry ye..salam ramadhan buat semua:)

p/s : puasa jgn tak puasa.=)

18 March 2010

~Muslimat Tak Guna....

"Kawan-kawan aku pon ada gak yang pakai tudung besar-besar ni, tapi sekarangkan macam-macam tudung ada. Kau, ni up to date la sikit. Kita sekarang kena ada style la"

Rungutan berbaur sinis ini masih tidak menggoyangkan rasa cinta aku pada tudung bulat..

" Kesianlah aku tengok kau ni.", sambil tangan beliau mencari-cari tudung berjenama artis dan menghulurkannya pada ku. Aku ambil, sebagai menyenangkan hatinya. Ku gantikan tudung bulat yang ku pakai dengan tudung biru terqouis yang beliau berikan. Memang padan dengan baju kurung putih berbunga sama warna dengan tudung itu.

"Ish, tak reti la, tudung ni melekat kat badan. Tak selesa la, panas." Terfikir juga, betulkah jawapanku ini.

"Melekat kat badan? Abes tudung kau tu tergantung ke kat badan kau tu. Tudung bulat kau yang boleh buat kain kemah tu tak panas ke?".

Huh, berdesing telingaku mendengar kutukan mereka pada tudung kesayanganku itu. Sanggup beliau mengatakan
sedemikian padaku. Apakah kesalahannya tudung bulat ni sehingga ia amat di benci dipandangan mata muslimat kini. Malah, pemakainya juga tidak terlepas dari pelbagai fitnah dan cemuhan.

"Ish tudung besar tu tah dalam tudung tu macam-macam ada."

"Ala tudung melingkup macam cendawan tu dating gak we."

"Kawan anak aku, tudung die besar bukan main, berjubah lagi, tup-tup mengandung kau tahu."

Kami manusia, wahai saudara-saudaraku. Seperti kata pepatah, "kerna nila setitik, rosak susu sebelanga". Bukan niat mahu membenarkan yang salah,cuma tidak perlulah kami sentiasa dicemuh dan dihina. Biarkan mereka menanggung dosa sebagai munafik,usah kalian menambah pula dosa kalian dengan mengumpat mereka.

Ya!! Kami juga muslimah biasa yang tidak kebal dari dosa.

Ya! Benar! Kami muslimah tak guna. Kami memang tak guna.

Kami memang tidak guna pewarna-pewarna untuk memberi warna pelangi pada rambut kami, pewarna mata, pewarna pipi malah bibir juga kami tidak warnakan, kerana pada kami hanya benda buruk yang perlu dicat untuk menarik orang menatapnya. Kami yakin rambut kami adalah mahkota terindah yang amat bernilai. Maka, kami jaganya dengan rapi agar tidak rosak di mamah mentari, dan tidak lapuk disimbahi hujan. Kami baluti ia dengan rapi agar ia terjaga dan tersimpan untuk menjadi tatapan yang berhak menatapnya. Kami jauhkan sebarang pewarna di wajah kami kerna kami tidak mahu menipu sekalian yang menatapnya.

Kami juga muslimah-muslimah tak guna kain sempit untuk membaluti tubuh kami. Kain-kain jarang pada kami hanya untuk di buat kain langsir yang fungsinya menghalang cahaya matahari terik, tetapi dalam pada masa yang sama matahari itu perlu sebagai penyuluh di siang hari dan penyegar kediaman kami. Andai kain jarang kami baluti tubuh kami, kami juga membenarkan cahaya matahari menjadi punyuluh badan kami dan menjadi penyegar mata kalian. Oh tidak, kami bukanlah semudah itu untuk menjadi tatapan kalian.

Kami juga tak guna baju-baju adik kami untuk dibawa berjalan ke bandar. Kami lebih mengamalkan perinsip yang tua memberi pada yang muda, bukan membuli yang muda. Jadi, adik-adik kami selalunya yang meminjam baju kami, dan kami meminjam pada kakak kami dan begitulah seterusnya. Kerna ini juga baju kami tidak perlulah jarang atau berlubang-lubang atau senteng ke pusat untuk menyejukkan badan, tetapi baju yang longgar amat selesa kerana pengudaraanya amatlah baik sekali. Seperti mana rumah yang besar lebih sejuk berbanding rumah yang kecil dan sempit. Hal ini juga, dapat memudahkan pergerakan kami dan membesarkan langkah kami. Tidaklah kami perlukan belahan kain sampai ke paha untuk melangkah dengan lebih besar.


Sungguh aneh dunia kini, baju yang cukup sifatnya dikecilkan, dikoyakkan, dibelahkan. Makin lama, tubuh itu ibarat orang-orang di sawah lagak pakaiannya. Malah, pakaian orang-orang itu lagi indah.

Ya, kami masih lagi muslimah tak guna kasut-kasut bertumit tajam, kerna kami sayang bumi kami. Bumi ini juga bernyawa dan pastinya setiap yang bernyawa pasti mempunyai perasaan. Kami takut kasut tumit tajam kami akn mnyakitkan bumi ini. Kami sedar satu hari nanti, kami akan berada dalam bumi ini. Kami takut akan di balas pula perbuatan kami dengan tusukan yang kami sendiri tidak dapat menanggungnya.
AURAT. Apa definisinya pada kalian?

"Ala, pakai tudung dah kira tutup aurat la tu…"

Pakai tudung dan berbaju t-shirt, sudah sempurna tuntutan menutup aurat kalian? Tudung pendek menampakkan dada itu menutup aurat pada kalian? Baju jarang dan sempit itu menutup aurat. Itu tidak di sentuh hal seluar lagi. Aduh, makin sakit mata makcik-makcik yang memandang melihat gaya seluar yang menjelikkan kini. Untuk apa berbaju jika sudah tahu di mana tanda lahirnya. Untuk apa berseluar jika mahu diberitahu saiz pinggangnya. Untuk apa berbaju dan berseluar jika boleh diteka apa yang ditutupinya.

Mungkin pada kalian menutup aurat adalah menutupi keaiban kalian. Tapi pada kami, menutup aurat adalah menutup bahagian-bahagian terindah pada kami. Yang kami tutup bukanlah rabut rosak yang penuh dengan kelemumur. Yang kami tutup bukan juga parut-parut luka jatuh pokok di waktu nakal dahulu. Yang kami tutup adalah kecantikan yang kami jaga rapi untuk kalian yang berhak menatapnya. Kami jadikan kalian yang pertama melihatnya, bukan yang ke 25 ataupun yang terakhir setelah puas orang laian menatapnya. Amanah ini kami jaga kerna pada kecantikan-kecantik an ini juga terletak maruah kami, maruan ibubapa kami, dan yang paling utama maruah agama kami. Kami tidak mahu kalian terkeliru dan tertipu dengan identiti kami. Kami muslimah bukan Harajuku girl, mahupun gadis barat berkulit sawo matang tapi berambut blonde.

Isu tudung dan aurat ini tidak pernah akan menjadi isu basi kerna ianya perlu diingatkan selalu. Apa yang kami perlihatkan pada kalian mungkin pada kalian adalah kehodohan semata, tapi kami peduli apa, kami tak ingin cantik di mata kalian, tapi kami mahu cantik di mata ALLAH;KEKASIH awal dan akhir kami...

Kita manusia mudah lupa walaupun sering diberi peringatan. Muslimah perlu sedar, tugas kalian amatlah besar kerna guru-guru pendidik bangsa, pemimpin-pemimpin negara, pejuang-pejuang Islam, semuanya akan lahir dari kalian . Andai kalian rosak, adakah bakal yang lahir dari perut kalian akan elok? Benar, semuanya adalah ketentuan Allah, dan iman juga tidak boleh diwarisi, tetapi prevention is better than cure kan…? Cuba elak sejauh mungkin, berusaha menjadi yang terbaik,seterusnya baru diserahkan pada sebaik-baik perancang.

Andai diri ini tersasar dari landasan, ringan-ringankanlah tangan kalian untuk memimpinku kembali ke landasan yang benar. Jangan kalian mengutukkan aku dibelakang kerna aku tidak dapat mendengarnya. Jangan pula kalian menjauh kerna, aku juga tidak bisa membaca hati kalian. Aku juga manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan. Tegurlah aku andai ada yang tidak enak di mata kalian. Segalanya mungkin ada hikmah kerana itu kita dituntut untuk saling menasihati.

p/s - jazakallahu khairan katsira buat pemilik blog kerana berkongsi post yang bermanfaat ini.
sumber: http://rubbertapperz.blogspot.com

08 March 2010

Exam-Exam....Dunia...

Bismillahi walhamdulillah...

Hari ini adalah hari yang mendebarkan buat diriku yang bergelar seorang guru praktikum..(~_^)~~
  • apalah nasib anak-anak didikku..adakah mereka dapat jawab soalan-soalan exam ini....
  • adakah mereka betul-betul bersedia..
  • adakah mereka menjaga amal ibadat..
  • adakah mereka betul-betul menuntut ilmu kerana Allah..
  • adakah hati-hati mereka diterangi cahaya Illahi...
Ohhh anak-anak didikku...

Sedarlah bahawa dirimu masih muda
Sedarlah bahawa dirimu akan tua
Sedarlah bahawa masa itu emas
Sedarlah bahawa mati itu pasti

Buat anak-anak didikku...

Betulkan niat anda dalam belajar
Bukan kerana exam
Bukan kerana mak ayah
Bukan kerana ckgu

Tetapi kerana Allah swt..

Cikgu sedaya upaya akan medidik kamu semua mengikut syariat-syariat Islam, tetapi yang ingin berubah adalah diri kamu sendiri..

All da best in your exam..cikgu sentiasa doakan kejayaan kamu semua dunia akhirat.

Jangan lupa pesanan cikgu ya anak-anak=p

Wallahua'lam.

03 March 2010

~Observation

Alhamdulillah, bersyukur pada Allah kerana semalam selamat kn observed dengan lecturer..mmg sgt nervous..sgt2..tapi nak sedapkan hati."baru kena observe ngan manusia..apatah lagi dgn Allah nanti"..Allah...

Setelah melaluinya, saya rasa agak ok..tetapi banyak lagi yang perlu diperbaiki..jazakallahu khairan katsira pd lecturer yang amat saya hormati lagi kagumi, iaitu Encik Faudzi bin Umar kerana beliau sudi observed saya dan memberi komen-komen yang amat memotivasikan diri saya dalam usaha untuk menjadi guru yang cemerlang. Beliau terkenal dengan ketinggian ilmu, bukan sahaja dalam bidang Fizik malah dalam ilmu-ilmu agama. Umpama golongan intelektual pada suatu zaman dahulu seperti Ibnu Khaldu, Ibnu Sina dan lain-lain yang bukan sahaja pakar dalam ilmu duniawi malah hebat juga dalam ilmu2 ukhrawi. Tidak lupa, beliau juga amat mesra pelajar dan sempoi..hehe..jgn marah encik=p..apa-apa pun,moga Allah sentiasa merahmati beliau.

Terima kasih juga kepada anak-anak murid saya iaitu pelajar kelas 4 setia SMK Telok Gadong kerana semangat mereka untuk belajar..saya amat sayang pada mereka kerana mereka sayangkan ilmu. Nanti ckgu bagi kamu gula-gula ye=p.

Tidak lupa juga kepada pelajar yang dikasihi Allah, pelajar kelas 4 Luhur untuk subjek Science and pelajar kelas 3 Kasih untuk Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Moga-moga kamu sentiasa diredhai Allah.Cikgu harap kamu menjadi manusia yang bermanfaat kepada agama, keluarga dan negara kelak, insyaAllah

24 February 2010

~Kau Adalah Aku..

Kau ni kecik-kecik tak nak mampus, besar-besar buat dosa

Kau ini memang hina
Kau ini memang jijik
Kau ini memang bodoh
Kau ini memang jahil
Sangat-sangat jahil

Kau ingat Kau siapa
Kau ingat Kau hebat sangat
Kau memang tidak pandai bersyukur
Kau memang sombong
Kau tidak ingat siapa yang beri Kau rezeki

Kau lalai
Kau leka
Kau zalim
Kau perosak Islam

Layakkah kau digelar pembela Islam
Layakkah Kau dapat kasih sayang Allah
Layakkah Kau jadi HAMBA
Layakkah Kau masuk syurga Allah
Layakkah???

Kau itu tidak lain dan tidak bukan adalah Aku.....


"Astaghfirullah...yaAllah, aku mohon ampun daripadaMu..aku tidak layak bergelar HambaMu kerana terlalu jahil, terlalu leka, terlalu lalai dengan kenikmatan duniawi...aku mengakui segala kesalahan, kelemahan ku ini yaAllah...maka ampunilah daku yaAllah..Jika Engkau tidak ampuni segala dosa-dosaku YaAllah, siapalah aku di sisiMu yaAllah, umpama barang yang langsung tidak bernilai..yaAllah, pada siapa lagi akan kuminta pertolongan, keampunan melainkan dengan Engkau Yang Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat..Istajibillahumma du'a ana, yaRahman ya Rahim..."

18 February 2010

~Ahlan Wa Sahlan~:p


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh rakan-rakan sekalian..

  • Bismillahi walhamdulillah.Selawat serta salam ke atas junjungan kita, Nabi Muhammad SAW.
  • Sudah lama sebenarnya saya ingin membuat blog ini memandangkan rakan-rakan lain rata-rata sudah mempunyai blog dengan acuan yang tersendiri.
  • Tetapi bukan sebab itu saya ingin membuat blog, tetapi memandangkan blog pada masa kini sangat penting dan memberi impak yang besar kepada individu malah juga negara, maka saya terpanggil untuk membina sebuah blog yang harapnya dapat memberi manfaat kepada manusia lain dan juga agamaku terutamanya.
  • Alhamdulillah, dengan keizinan Allah, Pencipta kita semua, blog ini berjaya juga dilahirkan.
  • Harapnya rakan-rakan sudi melayari blog yang tidak seberapa ini.
  • Segala komen membina amat dialu-alukan daripada rakan-rakan agar saya terus sukses dalam penulisan blog yang bermanfaat ini.
  • Ribuan terima kasih kepada rakan-rakan sekalian.
  • Jangan jemu-jemu melayari blog ini ya.
  • Ukhwah Fillah abadan abad=p
Wallahua'lam.